Selasa, 17 Mac 2009
motivasi keadaan
berbagai masalah timbul sepengetahuan ku, menjadi aku agak gusar untuk menhadapinya , yang pasti bukan masalah keluargaku tapi masalah-masalah sekitar,adikku agak lama juga kisah dia dengan isterinya berada dalam sengketa,yang tak kunjung akhir, tiada jalan yang lurus ,tiada noktah yang terhenti,yang pastinya aku dijadikan "motivater" penasihat , berbagai sudut pandangan aku bagi ,berbagai nasihat yang berlandaskan keadilan kedua pihak,aku harap masalah mereka segera berakhir.masalah seterusnya adik ipar di palong mendapat kejutan,suami ingin berkahwin lagi,gempak gempita alam terasa ,tiada air mata dapat dibendung,mengalirnya tak di sedari,namun berusaha juga berjumpa pakar perubatan untuk memohon bantuan dan tak lupa kepada yang maha esa memohon jalan yang benar,aku dan isteri ku berkorban waktu dan fikiran untuk membantu, namun , jalan yang di cari tiada nyata ,hanya mimpi bermain di hati,di ulit pula kisah lama tika kali pertama bercinta,senda gurau , berlari bagaikan di awan ,menari bagai di pentas ,hakikatnya hanya kenangan bermain di hati, tika lara menyapa hati,kini tunggu akan bicara di mahkamah syariah untuk cerita lanjutnya.
Jumaat, 13 Mac 2009
Rabu, 14 Januari 2009
kurangkan berat badan
agak aku dah lebih 3 bulan kot aku tak ambil makanan berunsur nasi,secara drasti nya tak adalah berat tu turun dengan cepat,cuma ringan sikit pergerakan bangun duduk ketika solat tak lah macam dulu,dulu nak bangun pun kena tupang atau bergayut....hai , cam lah bila kita disuruh kan makan kita tak nak,bila dah berat badan baru nak diet...
Rabu, 31 Disember 2008
1 january 2009
pada tahun masihi 2009 aku tidak lah,menyambutnya dgn hebat atau ambil tahu akannya,pada usia begini aku rasa biarlah aku lebih ambil tahu diriku dan agamaku,aku dah pun berdoa dan beritikap pada tahun1430 hijrah akan segala perbuatan mendapat pahala,walaupun ketika kita hendak tidur.
Ahad, 28 Disember 2008
tahun baru 1430 hijrah
penutupan akhir tahun dengan doa sebelum maghrib,pembukaan awal tahun dengan doa selepas maghrib , alhamdullah , sesuatu yang hebat akan berlaku pada tahun 1430 hijrah macam yang aku rasakan,yang pasti kita patut menghadapi nya dgn tenang,bak air yang tenang( jgn sangka tak da buaya )di harap pencapaian pada hari yg mendatang menberi keputusan yg menbangga kan,insyaallah.
Isnin, 13 Oktober 2008
bulan puasa/raya
bulan puasa agak pelik jika kita fikir dan amati,manusia boleh menahan lapar dan dahaga,juga dari godaan-godaan,alhamdulilah aku berjaya menamat atau menghabiskan solat sunnat tarawih,raya pada tahun ni pada awal nampak seperti tak meriah,pelik juga di fikirkan selang beberapa hari menjelang syawal semua berjalan lancar.
Isnin, 21 Julai 2008
mana adik-adikku...muar johor...
.....hari ni aku teringatkan keluarga ayah yang berada di muar johor(kali terakhir yang aku tahu)apa yang aku tahu( takpasti )ayah yang bernama SAFFAR bin AAD telah pun meninggal dunia lama dah..dan telah meninggal saudaraku iaitu adik kandungku seramai 6 orang dan yang ku tahu anak yang pertama sebelah ibu di muar bernama KHAMIS bin SAFFAR sama dengan aku , cuma tiada MD di depan(MD KHAMIS BIN SAFFAR),ya aku harap aku akan dapat berjumpa dengan mereka satu hari nanti(masuk TV3 ke...,glamor la pulak)inyaallah mudah-mudahan..sesiapa mengenal adik2 saya ini boleh berhubung di talian telefon 03-80681159 terima kasih saya ucapkan..sekian Assalamualaikum....
Langgan:
Catatan (Atom)