Khamis, 19 Jun 2008

bukit tinggi,indonesia

sabtu pagi 21 june 2008 isteri ku ngikut cik nora gi bukit tinggi , indonesia , ngikut rombongan seramai 11 atau 21 orang, tak pasti berbagai memberorder barang untuk di beli( larat ke isteri nak beli satu hal,nak bawak tu boleh ke)apa nak buat orang dah orderkannn.

Jumaat, 13 Jun 2008

sembahyang jumaat

khutbah hari ini menitik berat tentang ,hormat-menghormati sesama insan,anak dengan bapanya,murid dengan cikgunya,perkerja dengan majikannya.

Isnin, 9 Jun 2008

minyak oh minyak

.....tak berbaloi jika minyak naik,jika dulu boleh makan ayam yang telah di potong kecil,seketul ayam di racik kecil makan untuk 4 orang,sekarang kena makan telur dadar makan 4 orang,ya allah selamatkan umat mu,jadikan mereka yang tamak harta dunia ini insaf dan mengingati kebenaran berperi kemanusiaan.

pulau pangkor

7june-8june2008 ,sebuah rombongan telah diatur oleh kelab sukan prestige ceramics sebagai acara tahunan,kali ini kelab sukan ksr telah mengadakan rombongan ke pulau pangkor,pangkor bagi aku ok saja,untuk orang melayu cuba berniaga dalam ertikata membuka resort ala-ala santai dengan kos ala kadar,bagi aku yang tidak memilih tempat sangat kira ok aje .

Jumaat, 16 Mei 2008

Adik-Adik Aku

Hamidah Hamzah( Saffar )....telah diwarkah oleh emakku..bahawa senya...ketika sarat mengandung kan anak perempuan ini..Kakak kepada emakku telah meminta dan merayu supaya anak yang comel ini di beri padanya.Sebab itu binti nya telah di bintikan Hamzah,lama juga aku tidak mengetahui akan adikku ini,namun ketika aku dewasa baru lah ibu memberitahu akan cerita yang sebenarnya..bersambung....kini adik aku yang bernama hamidah hamzah atau panggilan manja "idah" berada kat grik perak , niaga nasi lemak kat pekan grik.Ada lagi adik beradik kami yang sama bapa lain emak,lebih kurang 35tahun yang lalu ,satu peristiwa hitam telah berlaku ke atas keluarga kami,ayah kami saffar bin aad telah melarikan diri bersama seorang janda ke muar johor , dan aku dapat tahu keluarga ayah yang baru telah mendapat 6 orang anak ( adik beradik betul,kerana sama ayah )hingga kini kami berharap kami dapat bertemu dan berkumpul sebelum hayat kami berakhir...kami juga berharap keluarga yang nama nya berBINkan SAFFAR . berhati-hati takut nanti anak kita kawin sesama pulak insyaallah..amin.

Emak yang ku kenal

Nama Minah Binti Mat , berasal dari sik , kedah..wataknya amat simple..seperti org-org lama , org kampung lah kata kan , pendidikan biasalah pada abad 1929 tak banyak macam sekarang ni..Tapi kita tak dapat ilmu yang emak ada pada masa tu..sebut bab apa..bercampur dengan masyarakat 100% ok,memasak boleh kita jumpa di mana-mana,tapi tak sama macam mak masak, ketika aku kecil hingga agak dewasa ...aku akan menjadi terliur akan masakannya , cakap masakan apa aku hendak..masak kari,masak lemak,masak asam pedas ikan sembilang,fuhhhh,terliur..dapat sedikit ilmu yang emak ajar,katanya bila nak masak hendak lah berselawat ke atas Nabi s.a.w,insyallah...sedap...bersambung....

Assalamualaikum

Mentor seorang yang bergelar Ayah , aku tak dapat menghayatinya kerana aku tidak dapat merasakan tanggungjawab seorang Ayah,ketika kecil aku tidak pernah mendapat belaian dan tunjuk ajar dari seorang Ayah,kerna waktu kecil..Ayah ku meninggalkan ku sewaktu usia 7 tahun,ngikut cerita Emak..Ayah telah di goda oleh seorang Janda , Ayah terperangkap oleh nafsu syaitan..dan meninggal kami sekeluarga dalam keadaan yang sedih.