Isnin, 13 Oktober 2008
bulan puasa/raya
bulan puasa agak pelik jika kita fikir dan amati,manusia boleh menahan lapar dan dahaga,juga dari godaan-godaan,alhamdulilah aku berjaya menamat atau menghabiskan solat sunnat tarawih,raya pada tahun ni pada awal nampak seperti tak meriah,pelik juga di fikirkan selang beberapa hari menjelang syawal semua berjalan lancar.
Isnin, 21 Julai 2008
mana adik-adikku...muar johor...
.....hari ni aku teringatkan keluarga ayah yang berada di muar johor(kali terakhir yang aku tahu)apa yang aku tahu( takpasti )ayah yang bernama SAFFAR bin AAD telah pun meninggal dunia lama dah..dan telah meninggal saudaraku iaitu adik kandungku seramai 6 orang dan yang ku tahu anak yang pertama sebelah ibu di muar bernama KHAMIS bin SAFFAR sama dengan aku , cuma tiada MD di depan(MD KHAMIS BIN SAFFAR),ya aku harap aku akan dapat berjumpa dengan mereka satu hari nanti(masuk TV3 ke...,glamor la pulak)inyaallah mudah-mudahan..sesiapa mengenal adik2 saya ini boleh berhubung di talian telefon 03-80681159 terima kasih saya ucapkan..sekian Assalamualaikum....
Khamis, 19 Jun 2008
bukit tinggi,indonesia
sabtu pagi 21 june 2008 isteri ku ngikut cik nora gi bukit tinggi , indonesia , ngikut rombongan seramai 11 atau 21 orang, tak pasti berbagai memberorder barang untuk di beli( larat ke isteri nak beli satu hal,nak bawak tu boleh ke)apa nak buat orang dah orderkannn.
Jumaat, 13 Jun 2008
sembahyang jumaat
khutbah hari ini menitik berat tentang ,hormat-menghormati sesama insan,anak dengan bapanya,murid dengan cikgunya,perkerja dengan majikannya.
Isnin, 9 Jun 2008
minyak oh minyak
.....tak berbaloi jika minyak naik,jika dulu boleh makan ayam yang telah di potong kecil,seketul ayam di racik kecil makan untuk 4 orang,sekarang kena makan telur dadar makan 4 orang,ya allah selamatkan umat mu,jadikan mereka yang tamak harta dunia ini insaf dan mengingati kebenaran berperi kemanusiaan.
pulau pangkor
7june-8june2008 ,sebuah rombongan telah diatur oleh kelab sukan prestige ceramics sebagai acara tahunan,kali ini kelab sukan ksr telah mengadakan rombongan ke pulau pangkor,pangkor bagi aku ok saja,untuk orang melayu cuba berniaga dalam ertikata membuka resort ala-ala santai dengan kos ala kadar,bagi aku yang tidak memilih tempat sangat kira ok aje .
Jumaat, 16 Mei 2008
Adik-Adik Aku
Hamidah Hamzah( Saffar )....telah diwarkah oleh emakku..bahawa senya...ketika sarat mengandung kan anak perempuan ini..Kakak kepada emakku telah meminta dan merayu supaya anak yang comel ini di beri padanya.Sebab itu binti nya telah di bintikan Hamzah,lama juga aku tidak mengetahui akan adikku ini,namun ketika aku dewasa baru lah ibu memberitahu akan cerita yang sebenarnya..bersambung....kini adik aku yang bernama hamidah hamzah atau panggilan manja "idah" berada kat grik perak , niaga nasi lemak kat pekan grik.Ada lagi adik beradik kami yang sama bapa lain emak,lebih kurang 35tahun yang lalu ,satu peristiwa hitam telah berlaku ke atas keluarga kami,ayah kami saffar bin aad telah melarikan diri bersama seorang janda ke muar johor , dan aku dapat tahu keluarga ayah yang baru telah mendapat 6 orang anak ( adik beradik betul,kerana sama ayah )hingga kini kami berharap kami dapat bertemu dan berkumpul sebelum hayat kami berakhir...kami juga berharap keluarga yang nama nya berBINkan SAFFAR . berhati-hati takut nanti anak kita kawin sesama pulak insyaallah..amin.
Langgan:
Catatan (Atom)