Rabu, 14 Januari 2009
kurangkan berat badan
agak aku dah lebih 3 bulan kot aku tak ambil makanan berunsur nasi,secara drasti nya tak adalah berat tu turun dengan cepat,cuma ringan sikit pergerakan bangun duduk ketika solat tak lah macam dulu,dulu nak bangun pun kena tupang atau bergayut....hai , cam lah bila kita disuruh kan makan kita tak nak,bila dah berat badan baru nak diet...
Rabu, 31 Disember 2008
1 january 2009
pada tahun masihi 2009 aku tidak lah,menyambutnya dgn hebat atau ambil tahu akannya,pada usia begini aku rasa biarlah aku lebih ambil tahu diriku dan agamaku,aku dah pun berdoa dan beritikap pada tahun1430 hijrah akan segala perbuatan mendapat pahala,walaupun ketika kita hendak tidur.
Ahad, 28 Disember 2008
tahun baru 1430 hijrah
penutupan akhir tahun dengan doa sebelum maghrib,pembukaan awal tahun dengan doa selepas maghrib , alhamdullah , sesuatu yang hebat akan berlaku pada tahun 1430 hijrah macam yang aku rasakan,yang pasti kita patut menghadapi nya dgn tenang,bak air yang tenang( jgn sangka tak da buaya )di harap pencapaian pada hari yg mendatang menberi keputusan yg menbangga kan,insyaallah.
Isnin, 13 Oktober 2008
bulan puasa/raya
bulan puasa agak pelik jika kita fikir dan amati,manusia boleh menahan lapar dan dahaga,juga dari godaan-godaan,alhamdulilah aku berjaya menamat atau menghabiskan solat sunnat tarawih,raya pada tahun ni pada awal nampak seperti tak meriah,pelik juga di fikirkan selang beberapa hari menjelang syawal semua berjalan lancar.
Isnin, 21 Julai 2008
mana adik-adikku...muar johor...
.....hari ni aku teringatkan keluarga ayah yang berada di muar johor(kali terakhir yang aku tahu)apa yang aku tahu( takpasti )ayah yang bernama SAFFAR bin AAD telah pun meninggal dunia lama dah..dan telah meninggal saudaraku iaitu adik kandungku seramai 6 orang dan yang ku tahu anak yang pertama sebelah ibu di muar bernama KHAMIS bin SAFFAR sama dengan aku , cuma tiada MD di depan(MD KHAMIS BIN SAFFAR),ya aku harap aku akan dapat berjumpa dengan mereka satu hari nanti(masuk TV3 ke...,glamor la pulak)inyaallah mudah-mudahan..sesiapa mengenal adik2 saya ini boleh berhubung di talian telefon 03-80681159 terima kasih saya ucapkan..sekian Assalamualaikum....
Khamis, 19 Jun 2008
bukit tinggi,indonesia
sabtu pagi 21 june 2008 isteri ku ngikut cik nora gi bukit tinggi , indonesia , ngikut rombongan seramai 11 atau 21 orang, tak pasti berbagai memberorder barang untuk di beli( larat ke isteri nak beli satu hal,nak bawak tu boleh ke)apa nak buat orang dah orderkannn.
Jumaat, 13 Jun 2008
sembahyang jumaat
khutbah hari ini menitik berat tentang ,hormat-menghormati sesama insan,anak dengan bapanya,murid dengan cikgunya,perkerja dengan majikannya.
Langgan:
Catatan (Atom)