Isnin, 23 Ogos 2010
ramadan jelma lagi
kali ini beza pada ramadan lalu,kini aku bergelar seorang peniaga..bisnes man.niaga kat bukit puchong,jual murtabak dan kuih muih,hasilnya lumayan pak...bestlah juga...tapi solat tarawik poteng..bukan apa kaki sakit,byk berdiri kot.
Sabtu, 24 Oktober 2009
hari ulang tahun perkahwinan 25 oct 09
sabtu dah buat sambutan hari ulang tahun perkahwinan yang ke 17 , alhamdulillah syukur masih teguh kasih dan sayang kami,insyaallah mohon pada allah supaya jodoh kami teguh hingga keakhir waktunya amin.......beli kek dan masak nasi ayam resepi dari adik idah grik,yang hadir mak ibik sekeluarga,bang silan sekeluarga,pak teh sekeluarga, busu,serta cik nora sekeluarga,
Khamis, 3 September 2009
ramadhan kembali lagi
kembalinya ramadhan sekali lagi kami menyucikan diri walaupun tak berapa kotor,tapi( alasan kot )pada ramadhan kali tidak begitu menghayati akan kehadirannya. entah mungkin masih awal lagi kot,berbagai kejadian yang berlaku nampak agak pelik atau entahlah , contohnya ramai kematian melibatkan orang kenal walaupun tak rapat,sesuatu yang aku rasa pelik , sesungguhnya allah libih mengetahui apa yang terjadi dan itu adalah kehendaknya , subanallah.
Jumaat, 17 Julai 2009
durian punya hal
hari tu lupa bila,aaa hari ahad lepas joging( nak kurus badan yang debab ni,he he )sembang dengan abang ipar ( biras ) dia kata masak tengahari ini,aku datang nak makan,ok lah tak ada hal lah,kira kira jam 11.00 adik hantar durian lebih kurang 12 biji,apalagi kopek-kopek sampai habis,ada untuk tempoyak ada untuk bubur durian,makan lah tengahari tu dengan sambal tempoyak dengan tetamu undangan adik dengan anaknya biras dengan anak beranaknya,petang tu pulak anak buah pulak datang nak makan bubur durian,dah sedia pun masa lepas makan tengahari tu ada dah yang makan bubur durian cicah dengan roti lagi,malam tu kena masak sikit untuk kak ton makan dengan sambal tempoyak sampai bertambah-tambah,alhamdulilah,jam 11.30malam baru kak ton dan anak buah balik....( bila tengok kak ton , terbayang -bayang wajah arwah emak ,sedih la pulak....ok cow.
Isnin, 15 Jun 2009
pengundian ajk kelab sukan prestige
bulan mei hingga pehujung june pengundian untuk memilih pengerusi bagi sesi 2009-2012 talah berlansung tapi yang malang nya sehingga pertengahan bulan june masih belum tahu secara rasmi bakal pengerusi baru kelab sukan.
Jumaat, 15 Mei 2009
rombongan ke terengganu





pada tarikh 7 may 09 jam 9.30 malam kami berlepas dari puchong menuju ke pj hilton untuk mengambil penumpang yang lain .seramai 45 0rang termasuk 3 kanak2 kami menuju ke kuala perlis untuk bercuti di pulau langkawi,tiba di jeti kuala perlis kira2 jam 6.15pagi sebelum counter fery buka aku solat subuh kat surau yang baru di ubah suai,selesai aku ke counter line venture untuk ambil tiket,tiket fery tertera jam 8 pagi baru berlepas ke jeti langkawi sempat juga member2 yang lain besarapan pagi.jam 7.50 pagi pintu untuk ke fery di buka , aku pun arahkan member semua ikut menuju ke fery ' bahagia 18'semua dah masuk aku ambil kerusi kat depan sekali dan rehat sambil lelapkan mata walaupun tak berapa nak lelap,tiba di jeti langkawi jam 9 lebih pagi,aku terus ke counter mahsuri dan buat pangilan , ina wakil ajen mahsuri travel menjawab,seleai buat bayaran kami semua pun masuk ( check in ) kat AB motel,aku dan isteri haiqal mak teh arin dan nisa naik kereta menuju ke AB Motel.Tiba je isteri ambil kunci masuk bilik H2,lepas tu aku naik ke bilik G16 untuk rehat mandi baring .jam 1petang aku gi solat jumaat kat masjid.balik dari masjid bas pun dah sampai untuk lawatan separuh hari di langkawi.Babu dan yang lain ikut bas, aku dan group aku naik kereta tuju juga ke kabel car sebelum tu singgah kat KFC dan terus ke beras terbakar ambil gambar maklum lah kami ke langkawi kali ni pun kerana kakak ipar kami temankan mereka sebenarnya,kemudian kami ke kabel car malang nya kabel tutup,kerana di selengara.kami ambil keputusan tuju ke makam mahsuri,lebih kurang 2 jam juga le kakak ipar masuk ,aku lelapkan mata sekejap,isteri dan haiqal jalan2 membeli.lepas solat zohor ,singgah kat nusantara gamat ,kami pun gi pekan kuah beli coklat dan lain2,baru kami ke shoping center lepak kat situ sampai waktu magrib,kami gi makan kat kondo pekena kue teow goreng ,satay dan lain2.lepas kami balik kat AB Motel.Aku balik ke bilik aku G16 lepak .Esok pagi Kelab Sukan KSR menyediakan sarapan pagi,mee , bihun , nasi lemak kuih miuh dan air minuman.Lepas Minum kami segera ke Kabel Car , beli tiket untuk 5 dewasa 1 kanak2 ,lepak dalam satu jam lebih kami pun turun pusing2 terus kami ke muzium mahathir aku lepak tidur dalam kereta yang buat lawatan,jam 3 lebih kami gi geleri art kat pasir hitam.tak da yang menarik,terus kami ke jeti langkawi ambil gambar kat helang park,kami terus balik ke AB Motel pasal anak2 nak mandi laut,aku lepak kat bilik G16.malam kami keluar gi makan kat kondo cam biasa keu teow goreng,lepas balik ke AB Motel.Bangun pagi bersiap untuk pulang ke jeti langkawi ,sampai kat jeti ambil tiket kat counter lain,masuk untuk kastam check tunggu fery jam 9 pagi,samapi kat jeti kuala perlis bergegas masuk barang2 dalam bas lepas tu sarapan kat jeti kuala perlis,acara seterus nya kami menuju ke padang besar,lebih kurang jam 12 tengahari sampai,pertemuan antara adikberadik tercipta atas allah aku bertemu adik perempuan hamidah sekeluarga kat padang besar.borak2 beli belah makan lepas kami pun menuju ke puchong,dalam perjalanan kami singgah kat Tapah rehat makan dan terus kan perjalanan ,dalam bas nak apa lagi tidur.lebih kuarang jam 12 malam sampai kat puchong,lepas je kemas,tudur.......
beli buku novel
ramlee awang murshid satu nama yang meningkat popular,karya nya berbentuk fikyen,pada hari khamis 7 may 09 jam lebih kurang 10.30 pagi aku beli dua karya lama nya yang bertajuk harijuku dan adam,sebelum ni aku baca novel dari RAM berjudul mikhail,kisah pembunuh2 upahan olahan cerita amat menarik penulis membawa pembaca mengembara ikut kisah mikhail dan sebalik yang bernama mikhail,kerana cinta kumpulan mikhail boleh hancur.
Langgan:
Catatan (Atom)